Jangan Spekulasikan Isu FELDA – Hishamuddin

KLUANG – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta supaya isu Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di Kuala Lumpur tidak dispekulasikan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata mereka sepatutnya menunggu sehingga perkara itu selesai disiasat pihak berkuasa.

“Biarlah siasatan berjalan macam biasa.

“Kita tidak mahu ada pihak dihukum awal sama ada menerusi media atau media sosial,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas pelajar Ladang Landak, Paloh di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Anggota Parlimen Sembrong berkata beliau melihat masyarakat Felda memahami agenda pembangunan yang dilakukan kerajaan untuk terus memastikan nasib mereka terbela. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.