Banjir Di Segamat Pagi Ini

JOHOR BAHRU: Sebuah pusat pemindahan dibuka di Segamat, pagi ini, membabitkan pemindahan tujuh mangsa daripada dua keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga 9 pagi ini, dua pusat masih dibuka menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga di Segamat, berbanding 10 mangsa daripada empat keluarga pada jam 9.30 malam tadi.

Katanya, satu pusat pemindahan baharu dibuka pada jam 8.30 pagi tadi di Sekolah Agama Kuala Paya, Segamat, berikutan banjir di Kampung Kuala Paya.

“Sekolah Agama Kuala Paya dibuka pagi ni berikutan paras air Sungai Muar, Buloh Kasap, mencatatkan peningkatan iaitu 8.90 meter, berbanding 8.88 meter pada bacaan terdahulu.

“Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Balai Badang, Segamat, tiada perubahan direkodkan dan masih kekal menempatkan seramai 10 mangsa daripada empat keluarga,” katanya.

Ayub berkata, cuaca ketika ini mendung dan agensi berkaitan memantau secara berterusan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.