KKLW Kenalpasti 27 Projek Rintis Tabika Transit Kemas

KUALA LANGAT – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengenalpasti 27 buah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di kawasan bandar dan pinggi bandar sebagai pusat jagaan transit bagi kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang bekerja.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, masa operasi projek rintis Tabika Transit Kemas itu akan dilanjutkan sehinga jam 5.30 petang bagi memenuhi keperluan itu.

Menurutnya, Tabika Transit Kemas ini akan mengatasi masalah ibu bapa yang bimbang tentang keselamatan dan penjagaan anak-anak mereka ketika bekerja.

“Selain itu, ia akan diuruskan oleh Jawatankuasa Aktiviti Tabika dengan kawalan dan pemantauan Kemas dan merupakan pilihan kepada ibu bapa.

“Soal aktiviti di sebelah petang terpulang kepada jawatankuasa aktiviti di tabika berkenaan, temasuk mengadakan aktiviti seperti kelas mandarin, kelas mengaji atau seni mempertahankan diri sebagai mengisi masa petang,” katanya kepada pemberita dalam Lawatannya ke Tabika Kemas Jenjarom Barat sempena sesi persekolahan tahun 2018 dan Pelancaran Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan pagi tadi. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.