Achey Mahu Usaha Dapat Zuriat Secara Normal

PELAWAK terkenal iaitu Achey Bocey seboleh-bolehnya mahu memperolehi zuriat secara proses normal seperti pasangan suami isteri yang lain.

Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, 32, berkata, dia dan isterinya juga sudah membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada awal bulan Mac tahun lalu bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka.

Bagaimanapun menurut Achey, isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya, 28, tidak mempunyai sebarang masalah namun doktor ada memberitahu mungkin dia sukar mendapat zuriat disebabkan tekanan.

“Seboleh-bolehnya saya dan isteri mahu menjalani proses mendapat zuriat itu secara normal. Seperti pasangan suami isteri yang lain juga.

Achey belum bersedia untuk melakukan rawatan IVF.

“Tahun lalu kami ada pergi ke HKL untuk membuat pemeriksaan bagi mengesan masalah yang dihadapi saya dan isteri.

“Alhamdulillah isteri tidak ada apa-apa masalah namun doktor kata mungkin disebabkan tertekan yang sukar untuk dikurniakan zuriat,” kata Achey kepada mStar Online.

Achey ditemui ketika sidang media Bintang Bersama Bintang 2018 di Damansara Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Achey juga ada menerima tawaran tajaan untuk membuat proses IVF namun belum bersedia untuk melakukannya buat masa ini.

 

Barisan pelawak yang bakal berentap dalam BMB 2018.

“Ada juga menerima beberapa tawaran tajaan untuk melakukan proses IVF tapi kami berdua belum cukup bersedia untuk buat sekarang.

“Sebab nak melalui proses itu belum masa rehat yang panjang. Kami berdua tidak boleh dalam keadaan tertekan. Buat masa ini saya ada tanggungjawab kerja lagi.

“Insya-Allah akan fikirkan kemudian. Tapi saya tidaklah menolak cuma buat masa ini masih berfikir lagi masa tidak sesuai,” ujarnya.

Achey dan Hasanah mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu namun mereka belum dikurniakan cahaya mata. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.