Mangsa Banjir Di Pahang Berkurangan

Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus berkurangan kepada 284 mangsa daripada 76 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, setakat jam 8 pagi ini.

Jumlah berkenaan berkurangan berbanding semalam, membabitkan seramai 338 orang daripada 87 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata di Raub, hanya tinggal 30 mangsa daripada sembilan keluarga.

“Pusat pemindahan Balai Raya Kampung Tersang dan Surau RRM Cheroh ditutup petang semalam selepas semua mangsa dibenarkan pulang,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, bagi Pekan pula, seramai 254 mangsa daripada 67 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan.

Beliau berkata, lima pusat pemindahan berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai yang menempatkan 93 orang, Pusat Pemindahan Pulau Manis (75 orang), Dewan Serbaguna Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (sembilan orang) dan Kampung Lamir (38 orang).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.