Channel W Wajah Baharu Capital TV & Akhbar Warta

KUALA LUMPUR – Saluran Televisyen (TV) bernama Capital TV yang sudah bertapak sejak 1 November 2011 dikenali kini sebagai nama baru, Channel W sejak 3 Januari lalu.

Saluran Channel W ini bakal memaparkan penerbitan berita, isu semasa seperti politik, hiburan dan sukan yang lebih padat dan disampaikan secara santai bermula dari pukul 5 petang hingga 11 malam dari hari Isnin hingga Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Channel W, Noor Azman Yusof berkata pembaharuan ini sebagai satu langkah untuk mengabungkan akhbar Warta dengan siaran Capital TV.

Ia juga akan disiarkan secara langsung melalui platform TV di saluran 420 Unifi TV, melalui HyppTV dan atas talian (online) di Youtube dan Facebook.

“Channel W kini menghidangkan lebih banyak program menarik dan memberi info-info terkini kepada masyarakat bukan hanya masyarakat usahawan dan perindustrian serta sector kewangan malah pelbagai lapisan masyarakat,” kata Noor Azman.

Selain itu, pembaharuan saluran TV ini juga bertujuan memberikan inspirasi untuk lebih maju dan memberikan motivasi dalam setiap cabaran yang dihadapi.

“Adalah menjadi matlamat kami bukan sahaja untuk memberikan informasi tetapi juga membawakan program-program yang boleh memberi inspirasi untuk lebih maju dan menjadi motivasi untuk melepasi segala halangan dan cabaran,” katanya.

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai saluran Capital TV boleh menghubungi: Pengurus Perhubungan Awam, Azmah Dahari, di talian 016-2121320 dan 03-77276554.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.