Keadaan Banjir Di Johor Semakin Baik

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan kepada 74 orang setakat 7 petang tadi, berikutan penutupan tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata perkembangan itu menjadikan keseluruhan PPS yang sudah ditutup setakat ini sebanyak 10 buah termasuk tujuh ditutup pada 2.30 petang tadi.

“Ketika ini, hanya tiga pusat pemindahan di Segamat masih beroperasi bagi menempatkan 74 mangsa daripada 19 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada lewat tengah hari tadi, bilangan mangsa yang berada di tujuh PPS masih 289 orang daripada 68 keluarga. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.