Resolusi Sekatan Minyak Sawit Oleh Kesatuan Eropah (EU) Satu Penindasan

KUALA LUMPUR – Resolusi sekatan produk sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan mengecualikan biofuel kelapa sawit daripada tenaga diperbaharui merupakan penindasan pilih kasih, kata Majlis Belia Malaysia (MBM).

Presiden MBM, Mua’mar Ghadafu Jamal berkata, MBM kesal dengan resolusi tersebut dan ia merupakan langkah ke belakang dalam hubungan perdagangan EU dan Malaysia.

“MBM kesal dengan resolusi sekatan produk sawit oleh kesatuan Eropah (EU) serta langkah ke belakang dalam hubungan perdagangan EU dan Malaysia.

“Selain memberi kesan kepada hubungan dagangan antara Malaysia dan EU ianya juga bercanggah dengan komitmen EU kepada Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO),” kata Mua’amar dalam sidang media di sini, hari ini.

MBM juga sependapat dengan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) di mana sekatan minyak sawit itu akan turut menjejaskan ekonomi negara kerana minyak sawit penyumbang utama eksport negara dan mengganggu sumber pendapatan lebih 600,000 pekebun kecil.

MBM turut berharap kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hak pekebun kecil yang terlibat serta menjamin kestabilan ekonomi negara.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.