Pekebun-Pekebun Kecil Sawit Malaysia Adakan Demontrasi Bantah Diskriminasi Kesatuan Eropah (EU)

KUALA LUMPUR – Pekebun-pekebun kecil sawit Malaysia siang tadi mengadakan demonstrasi bagi membantah dan membangkang tindakan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan diskriminasi tanaman berupa ‘apartheid’ yang membantah cadangan larangan eksport minyak sawit ke Eropah.

Demonstrasi tersebut di adakan di luar Kedutaan Kesatuan Eropah di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Larangan eskport minyak sawit oleh EU itu akan mengancam 650,000 pekebun-pekebun kecil dan leih dari 3.2 juta rakyat Malaysia akan mengalami masalah sumber pendapatan memandangkan bergantung kepada industry sawit.

Shahrir berkata, larangan yang dicadang oleh EU itu merupakan diskriminasi di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui yang pastinya akan menjejaskan sumber pendapatan dan kehidupan peneroka-peneroka FELDA.

“Larangan yang dicadangkan oleh EU mengenai bahan bakar bio sawit berupakan satu diskriminasi di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui. Ia harus dihapuskan, kerana akan menjejaskan lebih 112,000 pekebun-pekebun kecil FELDA di Malaysia,” kata Shahrir.

Sebelum ini, kerajaan turut memberikan amaran akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya pengharaman ke atas minyak sawit dilaksanakan oleh EU.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.