Pelajar Maut Ditimpa Kerusi Dari Tingkat Atas PPR

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai S. Sathiwaran merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa memasuki bahagian flat yang tertutup berhampiran kawasan tangga bersama ibunya, sebelum ditimpa sebuah kerusi pejabat dipercayai dicampak di tingkat atas dan mengenai kepala mangsa.

“Bagaimanapun ibu mangsa terselamat manakala mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.