Sidang Parlimen Terakhir Sebelum PRU-14 Bermula 5 Mac

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen ke-13 tahun 2018 dijadualkan bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac hingga 5 April, demikian menurut seorang wakil rakyat.

Anggota Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Parlimen pada Isnin.

Persidangan itu akan dirasmikan pada 5 Mac nanti, katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan persidangan kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum dan yakin ia akan digunakan sepenuhnya oleh anggota parlimen untuk mengetengahkan isu-isu semasa termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.