Banjir Di Sarawak, 7 Sekolah Ditutup

KUCHING: Jumlah sekolah rendah ditutup akibat banjir di negeri ini meningkat kepada tujuh, berbanding lima semalam.

Penutupan sekolah itu menyebabkan seramai 753 murid tidak dapat bersekolah berikutan laluan ke sekolah mereka ditenggelami air.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dua sekolah yang ditutup hari ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Genaan dan SK Bukit Balai, kedua-duanya di daerah Sebauh, Bintulu

Lima sekolah masih ditutup sejak Isnin lalu membabitkan tiga di Miri iaitu SK Sungai Bong, SK Kuala Bok dan SK Rumah Ranggong.

“Sekolah lain yang masih tidak beroperasi hari ini ialah SK Kuala Kenyana di Mukah dan SK Nanga Bon di Sibu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata 16 sekolah rendah iaitu lima di Baram, Subis (3), Selangau (3), Miri (2), Kanowit (2) dan Bintulu (1) turut terjejas akibat banjir hari ini namun masih beroperasi seperti biasa.

Sekolah terbabit ialah SK Sungai Manong, SK Rumah Goyang dan SK Kampung Tegageng di Subis, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Seputi di Miri, SK Pengarah

Enteri, SK Sungai Peking, SK Long Teru, SK Sungai Bain dan SK Benawa di Baram.

Turut terjejas, SK Sungai Anak, SK Sungai Buloh dan SK Iban Union di Selangau, SK Nanga Balingiau dan SK Ulu di Kanowit serta SK Ulu Segan di Bintulu.

“Secara keseluruhan, seramai 2,394 murid terbabit dalam banjir di Sarawak hari ini dengan 1,641 daripadanya di sekolah yang terjejas tetapi masih beroperasi dan 753 lagi bercuti,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.