Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Aliasak Ambia berkata, janji itu dibuat kepadanya dalam perbincangan selama dua jam selepas menyerahkan petisyen tersebut.

“Pihak Kedutaan EU tidak menganggap keputusan mereka sebagai satu pemboikotan walaupun sebenarnya jika mereka tidak membeli produk daripada kita, ia sama sahaja seperti mereka memboikot produk kita.

“Kita masih tidak berpuas hati kerana belum mendapat kepastian dan jawapan yang jelas walaubagaimanapun mereka telah berjanji untuk membawa petisyen kami ke jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat supaya mereka pertimbangkan semula dalam persidangan Parlimen Eropah secepat yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan petisyen bantahan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit kepada wakil Kedutaan EU, Carl Henrik di Menara Tan & Tan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE