Mangsa Banjir Di Raub Meningkat Sedikit Malam Ini

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Raub meningkat sedikit kepada 92 orang sehingga 8 malam ini berbanding 78 orang petang tadi dengan kesemuanya ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata PPS Masjid Kampung Ulu Sungai mencatatkan mangsa paling ramai dengan 41 orang daripada 13 keluarga.

“Empat lagi PPS yang beroperasi ialah Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan 27 orang daripada lapan keluarga, Balai Raya Kampung Sengkela menempatkan 10 orang daripada empat keluarga.

“Surau RRM Cheroh pula 10 orang daripada dua keluarga dan Balai Umno Kampung Batu Talam yang menempatkan empat orang daripada dua keluarga,” katanya.

Paras air Sungai Lipis di Batu Malim, Raub menunjukkan trend mendatar berbanding menaik sebelum ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.