Tiong Lai Puji Shahrir Samad Kenal Pasti Semangat Baru FELDA Lurah Bilut

BENTONG – Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai memuji hasil kerja Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Samad yang banyak berusaha membangunkan dan mengenal pasti keadaan baru tanah rancangan FELDA Lurah Bilut, Pahang.

Lurah Bilut ketika ini dalam perancangan menjadi Lembah Digital Bilut atau Bilut 2.0 yang membawa perubahan dari segi teknologi mesra rakyat yang mampu memberi manfaat kepada semua penduduk Lurah Bilut.

Tiong Lai berkata, pembaharuan yang dibuat oleh Shahrir telah menjadikan FELDA semakin maju dan mempunyai masa depan yang cerah.

Malah, beliau menyatakan tertarik dengan perancangan oleh Pengerusi FELDA itu yang akan memberikan pembangungan dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, dan pelancongan.

“FELDA merupakan satu pengurusan tanah yang terbesar di dunia dan amat berjaya. FELDA telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada negara. Terima kasih kepada Shahrir selepas dilantik menjadi pengerusi yang dapat menyuntik semangat baru kepada FELDA Lurah Bilut hingga menjadi nafas baru. Terima kasih Shahrir kerana mengeal pasti Lurah Bilut menjadi FELDA yang maju dan mempunyai masa depan yang cerah.

“Saya diberi perancangan oleh Shahrir sendiri dan amat tertarik dengan perancangan yang digariskan oleh beliau. Ini adalah masa depan generasi kita, juga peneroka FELDA bersama-sama untuk merancang dan melaksanakan perlaksanaan Bilut 2.0 tidak lama lagi,” kata Tiong Lai ketika berucap di sambutan Hari Keluarga FELDA Lurah Bilut 2018, hari ini.

FELDA Lurah Bilut dalam proses transformasi menjadi Bilut 2.0 yang lebih ke depan sejajar dengan perubahan teknologi semasa.

FELDA Lurah Bilut bakal menjadi tanah rancangan pertama memiliki Internet berkelajuan 100Mbps selain melatih penduduk untuk terbabit dalam era digital bagi memastikan infrastruktur ini digunakan sepenuhnya.

Tiong Lai menambah, FELDA Lurah Bilut akan menjadi pusat pertumbuhan yang pesat di mana akan menjadi ‘garden city’, bandar satelit yang mempunyai infrastruktur termasuklah dalam proses membina stesen landasan keretapi menghubungkan Kuala Lumpur sebagai langkah pertumbuhan ekonomi di Lurah Bilut.

“Saya juga nak maklumkan penduduk Lurah Bilut akan menjadi pusat pertumbuhan besar, Bentong akan menjadi ‘garden city’, bandar satelit yang mempunyai infrastruktur yang baik, lebuh raya, landasan keretapi Pantai Timur. Pelancaran kereta api melalui Bentong akan mempunyai satu stesen antara Lurah Bilut menghubungkan terus ke Kuala Lumpur untuk pertumbuhan ekonomi yang membangun. Jadi, pastinya Lurah Bilut tidak akan tertinggal.

“Saya juga yakin Shahrir Samad akan menggunakan Central Spine Road dan jalan akan membuat jalan masuk ke Central Spine Road. Saya gembira akan bekerjasama kerana ia akan melalui Wilayah Mempaga dan Lurah Bilut yang akan membangunkan Mepaga dan FELDA ini. Syabas kepada FELDA kerana adanya pengerusi yang prihatin dengan warga FELDA. Saya bertuah dan suka hati dengan kehadiran Shahrir,” katanya.

Kira-kira 6,000 penduduk FELDA Lurah Bilut, di sini, bakal menikmati taraf kehidupan sama seperti di bandar menerusi pelaksanaan projek Lembah Digital Bilut.

Menerusi projek perintis di bawah inisiatif FELDA 2.0 itu, FELDA Lurah Bilut akan menjadi tanah rancangan pertama menjadi bandar pintar, dengan sasaran meletakkan penempatan itu di dalam peta digital.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.