1 Warga Bangladesh Parah, 8 Cedera Kemalangan Bas

REMBAU: Seorang lelaki warga Bangladesh parah, manakala lapan lagi cedera ringan apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 232.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.53 pagi sebelum menghantar tiga jentera dengan 30 anggota ke lokasi kejadian berhampiran Plaza Tol Pedas berkenaan.

“Difahamkan, bas terbabit dinaiki 30 warga Bangladesh yang menuju ke arah utara hilang kawalan sebelum melanggar treler yang dipercayai berhenti di tepi jalan.

“Secara keseluruhan, seorang lelaki Bangladesh cedera parah, lapan cedera ringan manakala selebihnya tidak cedera,” katanya di sini, pagi ini.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.