Fasha Sandha Timbulkan Teka-teki Bakal Suami

KUALA LUMPUR: “Awak perlu tahu yang saya bukan mudah untuk dijaga kerana mempunyai ‘mood’ yang sukar dijangka, malah akan bersikap keterlaluan dalam semua perkara. Kita tidak akan melelapkan mata selagi tidak berjaya menyelesaikan masalah yang timbul.

“Surat terbuka ini untuk bakal suami. Walaupun tak tahu siapa orangnya, Allah akan tentukan. Kepada yang sudah isi borang dan akan isi borang, boleh baca awal-awal okey,” tulis Fasha.

Pelakon, Fasha Sandha, 34, hari ini menimbulkan teka-teki sama ada beliau sudah bertemu bakal suami apabila memuat naik perkongsian berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan menerusi entri ‘surat terbuka buat bakal suami’ menyatakan keterujaannya untuk berjumpa insan berkenaan dan berharap ia menjadi pertemuan yang hebat.

Malah, isi kandungan surat itu turut menekankan supaya lelaki yang bakal menjadi imamnya itu takkan meninggalkan dirinya dan anak-anak satu hari kelak.

Aktres yang sedang menjalani penggambaran Teratai Kemboja turut meletakkan hashtag #janganserioussangat, #jangansibuknakkecam, dan #justforfun berserta perkongsian yang dibuat.

Fasha sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang pemuda yang dikenali dengan panggilan Ustaz Rock dan turut membawanya bersama ke majlis resepsi pelakon, Ummi Nazeera.

Fasha berpisah dengan bekas suami, Rizal Ashram, pada 2016 selepas kira-kira empat tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan itu, Fasha dianugerahkan dua cahaya mata, Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.