Peguam Negara Sahkan Terima Kertas Siasatan Isu Tanah FELDA

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima kertas siasatan (IP) berhubung pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di sini.

Menyatakan bahawa IP itu diserahkan kepada Ketua Bahagian Pendakwaan semalam, Mohamed Apandi berkata beliau diberi taklimat berhubung perkara itu hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata IP itu dirujuk kepada AGC untuk arahan spesifik yang tidak boleh didedahkan.

“Tetapi saya perlu betulkan persepsi salah bahawa siasatan perkara itu oleh pihak polis telah siap. Belum lagi.

“Adalah tidak betul untuk menyatakan bahawa polis sedang menunggu arahan daripada kami berhubung sama ada perlu dituduh atau sebaliknya, ini kerana siasatan terhadap perkara itu masih berjalan dan belum lagi selesai,” katanya dalam mesej menerusi aplikasi Whatsapp.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.