Suphanburi Jinak Kedah Di Darul Aman

ALOR SETAR: Juara Piala FA, Kedah tewas 3-1 kepada Suphanburi FC dari Thailand, dalam aksi persahabatan di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Tuan rumah memperoleh gol tunggal menerusi penyerang import, Pablo Pallares pada minit ke-18 manakala pelawat melalui Pitafai Noppol pada minit ke-6, Dominique Comvalius (minit ke-60) dan Pokhi Janepob (minit ke-74).

Perlawanan ini adalah sebagai persiapan skuad Helang Merah yang juga naib juara Piala Malaysia bagi menghadapi saingan musim 2018 terutama aksi Piala Sumbangsih di Johor Bahru pada 3 Februari ini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.