Mangsa Banjir Di Jelebu Kekal

JELEBU: Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Juntai, Simpang Pertang di sini, masih kekal 28 mangsa daripada tujuh keluarga.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu hari ini, tiada penambahan bilangan mangsa banjir di PPS itu setakat 4 pagi ini.

PPS itu mula dibuka pada 3.45 pagi semalam, susulan rumah mangsa mula dinaiki air berikutan hujan berpanjangan sejak 5 petang kelmarin, menyebabkan air Sungai Teriang melimpah ke kawasan perkampungan terbabit.

Mangsa terjejas terdiri daripada 13 lelaki dan 12 wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

“Walaupun cuaca cerah, keadaan paras air banjir masih belum pulih dan tidak menunjukkan perubahan ketara,” katanya.

Pemantauan terhadap bencana banjir masih diteruskan oleh agensi berkaitan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.