PM Ke Kelantan Hari Ini

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melakukan lawatan kerja sehari di Kelantan, hari ini.

Perdana Menteri akan merasmikan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan (Fasa 1) membabitkan kos RM572 juta, pada jam 9.30 pagi ini.

Selepas itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan kakitangan awam di Wisma Kerajaan dan bertemu dengan Badan Perhubungan UMNO di Hotel Perdana.

Program terakhir Najib ialah Majlis Sepetang PM dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Hotel Grand Riverview, di sini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.