Nilai Tambah Industri Pelancongan Cecah RM166 Bilion Pada 2015

KUALA LUMPUR – Nilai ditambah industri pelancongan negara meningkat 10.3 peratus setahun kepada RM166 bilion pada 2015 berbanding RM101.8 bilion pada 2010.

Sejumlah 510,874 pertubuhan dalam industri pelancongan yang beroperasi pada 2015 dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 6.4 peratus berbanding 375,457 pertubuhan pada 2010.

Menurut laporan Penemuan Utama Statistik Pelancongan, Banci Ekonomi 2016 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini, bilangan pekerja dalam industri berkenaan turut meningkat sebanyak 4.4 peratus setahun iaitu seramai 2.5 juta orang pada 2015 berbanding dua juta orang pada 2010.

Gaji dan upah meningkat 11.2 peratus setahun daripada RM29.7 bilion pada 2010 kepada RM50.7 bilion pada 2015, manakala jumlah pekerja bergaji adalah 1.9 juta dengan purata gaji dan upah tahunan RM26,438 dan purata bulanan RM2,203,” menurut kenyataan itu.

Menurut jabatan itu, aktiviti e-Dagang industri pelancongan menjana pendapatan sebanyak RM147.3 bilion, manakala daripada segi sumbangan, perkhidmatan perdagangan runcit (membeli belah) mencatatkan jumlah tertinggi iaiti RM68.7 bilion, diikuti pengangkutan penumpang udara (RM25.6 bilion) serta sukan dan rekreasi iaitu RM19.2 bilion. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.