SPRM Sita RM4 Juta Dari 17 Akaun Bank

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita sebanyak RM4 juta daripada 17 akaun bank berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa seorang pengarah agensi kerajaan di Perlis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengesahkan perkara itu pada majlis Ikrar Bebas Rasuah di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di sini.

Beliau berkata, ketika ini enam saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Pada Isnin, SPRM dilaporkan menahan pengarah berumur 60 tahun itu bersama pemilik dua buah syarikat berumur 39 dan 50 tahun di sebuah pejabat SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.