Operasi Bersepadu, 422 Saman Dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol antara ditahan dalam Operasi Bersepadu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Plaza Tol Batu 9, Cheras, malam tadi.

Sebelum itu, lelaki berusia 44 tahun itu memandu kereta jenis Perodua Kenari enggan memberi kerjasama selepas diarahkan menjalani ujian pernafasan untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan.

Hasil ujian pernafasan anggota polis menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA), mendapati mendapati kandungan alkohol melebihi 80 miligram (mg) dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan selanjutnya.

Dalam operasi sama, JPJ mengeluarkan 442 saman dan memeriksa hampir 2,500 kenderaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shahruddin Khalid, berkata tiada lesen memandu mencatat jumlah kesalahan tertinggi dengan

“Tiada lesen memandu terus menjadi kesalahan tertinggi dengan 209 kesalahan, diikuti 155 kesalahan lesen dan insurans kenderaan tamat tempoh.

“Turut dikesan, 40 kesalahan teknikal seperti tiada cermin sisi, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dan ubah suai kenderaan.

“Daripada 106 individu diperiksa, 18 individu didapati positif dadah selepas gagal ujian saringan air kencing yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Shahrudin berkata, selain saman pihaknya juga mengeluarkan 62 notis kepada pemilik kenderaan.

“Sebanyak 20 kenderaan diberikan notis larangan penggunaan kenderaan, 20 notis arah periksa dan 22 lagi notis penahanan kenderaan atau sita.

“Operasi bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir jam 12 tengah malam ini dijayakan 172 anggota meliputi 120 pegawai dan anggota JPJ, 25 pegawai AADK, 12 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 10 pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta lima anggota dari Grand Saga,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.