Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ahli Pasukan Sekijang Menentang Artis

Lebih 2,000 orang banjiri Padang Li Chi, Kg Abdullah Segamat menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan ahli parlimen Sekijang menentang barisan artis tempatan.

Pasukan yang dikenali dengan nama ANUAR SEKIJANG FC dibarisi pemain dari kalangan pemimpin setempat yang turut disertai oleh YB Hj Anuar Manap, Ahli Parlimen Sekijang.

Manakala pasukan artis pula dinamakan MAK JEMAH FC. Para pemain terdiri daripada artis-artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Roy Azman, Zahid AF dan ramai lagi.

Perlawanan berkesudahan SERI dengan jaringan 4-4.

Para pengunjung yang membanjiri padang tersebut telah meluangkan masa bersama artis yang hadir dan tidak melepaskan peluang bergambar bersama artis.

Ini merupakan siri jelajah artis ini ke seluruh negara bertemu peminat dan para peminat dapat bertemu artis kesukaan mereka dalam program yang mendapat kerjasama daripada wakil rakyat setempat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.