SK RKT FELDA Sri Ledang Beri Saingan Dalam Sepak Takraw

Tahniah buat pasukan Sepak Takraw Sekolah Kebangsaan RKT Felda Sri Ledang yang berjaya memberi saingan sengit dalam pertandingan sepak takraw bawah 12 tahun MSSD Tangkak.

Pertandingan yang disertai oleh 16 buah sekolah rendah dalam daerah Tangkak ini adalah pertandingan yang sangat mendapat sambutan di kalangan pelajar sekolah rendah. Kebanyakan sekolah menghantar 2 pasukan ke pertandingan ini.

Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang turut tidak ketinggalan. 2 pasukan yang dihantar berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan lain.

Regu A berjaya sampai ke saingan suku akhir, manakala Regu B hanya menamatkan saingan di peringkat kumpualn.

Menurut jurulatih pasukan ini, Kamarulnizam Abdullah pasukan ini baru dibentuk dan ini merupakan penyertaan pertama pasukan ini. Namun pasukan ini berjaya mengharungi perlawanan dengan baik dan ini adalah pencapaian yang membanggakan.

Rata-rata ahli pasukan ini terdiri daripada cucu dan cicit warga FELDA Sri Ledang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.