Warga FELDA Inas & FELDA Taib Andak Tak Pernah Gagal Adakan Sambutan Maulidurrasul

Pada sambutan tahun ini, warga FELDA Taib Andak mengadakan program lebih sederhana di dalam masjid kerana perarakan selawat tidak dapat diadakan pada hari tersebut disebabkan oleh hujan yang turun pada sebelah pagi.

Manakala warga FELDA Inas dapat mengadakan perarakan maulid yang berkakhir di masjid FELDA Inas dan disudahi dengan ceramah agama.

Kedua-dua majlis berasingan ini dirasmikan oleh YB Hj Ali Mazat bin Saleh, ADUN Bukit Permai, Johor.

Dalam program di Masjid Nurussa’adah, FELDA Taib Andak Kulai ini YB ADUN turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang penerima.

Program maulidurrasul sememangnya program yang diadakan di hampir seluruh kawasan FELDA di parlimen Kulai walaupun tanah rancangan ini telah sekian lama didiami dan kini hanya cucu serta cicit warganya sahaja yang mendiami tanah rancangan. Legasi warga terdahulu yang menyuburkan semangat sambutan maulid ini kekal diteruskan oleh warganya yang mewarisi sambutan ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.