Tun M Pernah Mahu Swastakan FELDA

BERA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berhasrat untuk menswastakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata cadangan itu diutarakan Dr Mahathir dengan memperkenalkan Dasar Persyarikatan Malaysia, namun mendapat bantahan daripada pengerusi Felda semasa itu Tan Seri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.

“Apabila diperkenalkan (Dasar Persyarikatan Malaysia), agensi pertama yang dia (Dr Mahathir) hendak swastakan ialah Felda tapi tak dapat (berbuat demikian) disebabkan bantahan Raja Alias.

“Akhirnya dia tak ada pilihan dan swastakan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kalau diswastakan Felda semasa itu, kita tidak tahu bagaimana nasib peneroka pada hari ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap pada Program Lawatan Kerja dan Pelancaran Model Baru Lot Perumahan Generasi Baharu Felda oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak di Felda Kumai di sini, hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.