Kanak-kanak Maut Dalam Serangan Udara Di Yaman

DUBAI: Beberapa kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan udara ke atas pelabuhan Hodeida, Yaman yang dikawal pemberontak, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

“PBB mengesahkan beberapa kanak-kanak terkorban dalam serangan terhadap bandar pantai Hodeida di barat Yaman.

“Selain itu, ramai kanak-kanak dilaporkan masih hilang kerana cedera atau terbunuh dan usaha membawa mereka keluar dari bawah sisa runtuhan bangunan itu sedang giat dijalankan,” kata agensi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menggambarkan serangan berkenaan sebagai ‘salah satu serangan paling dahsyat dilakukan ke atas kanak-kanak sejak konflik semakin meningkat di Yaman sejak Mac 2015.

Sementara itu, seorang sumber keselamatan memberitahu AFP hari ini bahawa satu serangan udara, membunuh 16 orang dalam sebuah bangunan ketika pemberontak Houthi sedang berkumpul. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.