Gempa Bumi Lemah Landa Ranau

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter melanda Ranau, jam 10.12 malam tadi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 5 kilometer (km) dan terdapat gegaran.

“Gegaran itu dirasai di sekitar Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu, namun tiada ancaman tsunami dilaporkan,” katanya.

Sebelum ini, pada 8 Mac lalu, satu gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter dengan kedalaman 5 km dilaporkan berlaku di Ranau.

Sebelum ini, gempa bumi paling kuat di Sabah berukuran 5.9 pada skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.