PDRM Aktifkan Bilik Gerakan Khas PRU14 Mulai Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan bilik gerakan khas di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) termasuk di Sabah dan Sarawak mulai tengah malam ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pusat kawalan PDRM di Bukit Aman akan menyelaras bantuan penguatkuasaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Selain itu, bilik gerakan khas itu juga bertindak sebagai pusat sumber maklumat untuk orang ramai mengenai tahap keselamatan negara, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, bilik gerakan khas polis akan memantau dan mengawal keadaan keselamatan menjelang PRU14 selepas pembubaran Parlimen berkuat kuasa tengah malam ini.

Beliau berkata pegawai dan anggota PDRM juga akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan kelancarkan proses PRU14 tanpa sebarang gangguan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.