Sidang Media Khas SPR Esok

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan satu sidang media khas berikutan pembubaran Parlimen, esok.

Sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd HashimAbdullah itu diadakan selepas raptai dan simulasi operasi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini. .

Raptai dan simulasi itu diadakan di Bilik Gerakan PRU-14 dan Pusat Media PRU-14, Menara SPR bermula jam 10 pagi.

Pembubaran Parlimen berkuat kuasa diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.