TNB Bina Tujuh Rumah Di Perlis

KANGAR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membina tujuh rumah untuk golongan asnaf menerusi Projek Baiti Jannati di Perlis bagi tahun ini.

Pegawai Perhubungan Pelanggan TNB Perlis Shahidan Zakaria berkata pemilihan individu yang layak akan dibuat dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“Projek ini merupakan tanggungjawab sosial korporat bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapat kediaman yang lebih selesa,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah kepada seorang daripada penerima bantuan, Mohd Fauzi Yatim, 40, di Kampung Sri Gelam di sini, semalam.

Program itu juga diharap dapat meringankan beban rakyat dan membolehkan mereka menikmati kualiti kehidupan lebih baik, katanya.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berangkat menyempurnakan penyerahan rumah yang turut dilengkapi perabot asas bernilai RM50,000. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.