Trump Ancam Balas Serangan Senjata Kimia Di Syria

WASHINGTON: Presiden Donald Trump, hari ini menegaskan ‘ada harga mahal untuk dibayar’ selepas apa yang disifatkannya ‘serangan kimia tidak berperikemanusiaan’ di Syria, membabitkan gas klorin.

Trump juga menggelar Presiden Bashar al-Assad ‘binatang’.

“Presiden Vladimir Putin, Russia dan iran bertanggungjawab menyokong si binatang Assad. Harga mahal perlu dibayar.

“Ramai terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak, dalam serangan kimia tidak berperikemanusiaan di Syria.

“Kawasan itu sudah dikepung tentera Syria, menjadikan ia terputus hubungan sama sekali dengan dunia luar,” katanya dalam Twitter yang bermula dengan perbincangan serangan di Timur Ghouta. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.