Peneroka FELDA Akan Tetap Bersama BN

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yakin pengundi-pengundi di Felda akan terus bersama parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan insentif untuk penduduk di Felda selain memastikan pelbagai isu yang timbul diselesaikan dengan baik.

“Saya yakin bahawa peserta Felda masih lagi bersama kerajaan walaupun ramai yang mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan keyakinan Felda kepada BN.

“Tambahan pula Najib telah mengumumkan beberapa pakej yang amat dekat di hati peneroka Felda seperti bonus tahunan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Mengulas perkembangan berkaitan, Mohamad berkata rumah generasi kedua Felda di Felda Pasoh dan Felda Pasir Besar akan diserahkan kepada pemiliknya dalam masa terdekat. – FELDA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.