Siti Zalina, Emma Sumbang Emas Ke-4

GOLD COAST: Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji meraih pingat emas dalam acara pairs boling padang wanita selepas mencatat kemenangan 16-14 ke atas pasangan Afrika Selatan, sebentar tadi.

Emas yang diraih gandingan itu adalah yang keempat untuk kontinjen negara.

Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji meraih pingat emas dalam acara pairs boling padang wanita selepas mencatat kemenangan 16-14 ke atas pasangan Afrika Selatan, sempena Sukan Komanwel Gold Coast 2018. – Foto Yazit Razali

Dua emas pertama sebelum ini disumbangkan oleh atlet angkat berat Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin.

Emas ketiga pula menerusi penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong selepas memenangi acara 10m platform seirama. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.