VIDEO: FELDA Sg Klah Sudah Ada Rancangan Manfaatkan Geran Pembangunan RM20 Juta

KUALA LUMPUR – FELDA Sungai (Sg) Klah sudah menyenaraikan pelbagai rancangan yang akan dilaksanakan selepas terpilih menjadi FELDA 2.0 dan membawa pulang ganjaran Geran Pembangunan RM20 Juta.

Bersyukur di atas pemilihan sebagai FELDA 2.0, Pengurus Besar FELDA Wilayah Trolak, Mohd Haidir Moin menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak Wilayah Trolak kerana menyokong usaha penyertaan Sg Klah.

“Saya amat berbesar hati dan bersyukur kepada Allah SWT atas pemilihan Sungai Klah sebagai FELDA 2.0, dan terima kasih kepada seluruh masyarakat Sg Klah dan Wilayah Trolak kerana memberi sokongan kepada kami di Sg Klah ini agar dipilih untuk mewakili Wilayah Trolak untuk pemilihan FELDA 2.0,” kata Mohd Haidir ketika ditemu bual selepas majlis penyerahan ‘mock’ Geran Pembangunan RM20 juta di Menara FELDA, pada Rabu.

Mohd Haidir berkata, Sg Klah akan membangungkan ‘solar farm’ dan menaik taraf internet di tanah rancangan itu.

Selain itu, Sg Klah akan bekerjasama dengan pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi tujuan pembangunan usahawan di Sg Klah.

“Harapan kami, kami akan melakukan pelbagai transformasi yang mana akan menaik tarafkan lagi FELDA Sg Klah dari segi penstrukturan bangunan-bangunan awam, naik taraf kapasiti internet dan kelajuannya, dan paling penting ada beberapa projek yang dalam perancangan.

“Salah satunya adalah projek ‘solar farm’, yang akan memberikan pulangan yang baik kepada seluruh masyarakat dan generasi yang ada di situ.

“Juga di Sg Klah ini kita ada daya tarikan yang baik, kita ada homestay, hotspring. Ini akan memberikan impak yang besar kepada Sg Klah. Kami juga akan bekersama dengan MDEC untuk pembangunan usahawan,” katanya.

Pemilihan FELDA 2.0 telah dilancarkan beberapa bulan lalu dan sebanyak 15 tanah rancangan menyertai dari sebelas Wilayah.

Baca juga berita ini di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.