Trend Sebar Berita Tidak Pasti Tentang Kerajaan Membimbangkan – MPN

BACHOK – Trend menyebarkan berita tidak pasti membabitkan kerajaan menerusi media sosial menjelang pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei ini adalah perkembangan yang membimbangkan, menurut Majlis Profesor Negara (MPN).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata sehubungan itu rakyat perlu ambil tahu apa yang dicapai negara bagi mengelak terpedaya dengan andaian dan tohmahan yang disebarkan itu.

Sebagai contoh, Bank Dunia meletakkan Malaysia sebagai negara ke-23 terbaik di dunia dalam pencapaian ekonomi, katanya kepada pemberita pada Program Profesor Bersama Masyarakat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.

“Walaupun terdapat kesilapan sedikit sebanyak, pencapaian negara dengan petunjuk-petunjuk yang ada, ia satu kejayaan yang boleh dibanggakan,” katanya.

Beliau berkata dalam aspek pengangguran, negara hanya mencatatkan angka 3.4 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini, ia jauh lebih baik berbanding 30 hingga 40 peratus di negara-negara jiran. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.