Pemimpin Pembangkang Ditahan Positif Syabu

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai pemimpin barisan pemuda parti pembangkang di Hulu Selangor ditahan di kediamannya di Kampung Tengah Batang Kali dekat sini pada Sabtu lepas, kerana positif dadah jenis syabu.

Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 2.15 pagi oleh sepasukan anggota AADK selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Suspek kemudian dibawa ke Pejabat AADK Hulu Selangor untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis methamphetamine (syabu). Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata Mahkamah  Sesyen Kuala Kubu Bharu mengeluarkan perintah reman terhadap suspek selama 14 hari bermula Sabtu lepas sehingga 27 April.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.