Generasi Kedua Felda Neram 1 Nikmati Subsidi Rumah RM30,000

KEMAMAN – Tatkala generasi muda di kawasan lain masih ‘bergelut dengan bermacam kepayahan’ mahu memiliki rumah sendiri, generasi kedua peneroka Felda Neram 1 di sini pula sangat bertuah kerana bakal memiliki rumah idaman mereka dengan subsidi yang diberi kerajaan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM30,000.

Ketua Peneroka Felda Neram 1, Ismail Mohamad berkata sebanyak 105 unit rumah yang dibina melalui Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) itu akan diagihkan dalam masa terdekat.

“Terdapat 60 unit rumah kos sederhana dibina di sini bernilai RM120,000 namun anak peneroka hanya perlu membayar RM90,000 sahaja kerana kerajaan telah memberi subsidi sebanyak RM30,000.

“Bakinya, 45 unit pula ialah rumah kos rendah dijual kepada anak peneroka dengan harga hanya RM60,000 berbanding harga asal RM90,000,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengimbas semula pengorbanan peneroka Felda Neram 1 ketika mula dibuka pada tahun 1972, Ismail berkata mereka tidak pernah membayangkan akan menikmati kesenangan hidup seperti yang dikecapi sekarang. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.