Idea Baru Bangunkan Tanah Rancangan Melalui Koperasi- Hamzah Zainuddin

BANGI- Peneroka FELDA perlukan idea baru bagi membangunkan tanah rancangan melalui koperasi yang diwujudkan.

Berucap dihadapan 1000 peserta koperasi dari seluruh Tanah Rancangan dalam Konvensyen Pembangunan Koperasi FELDA (KPKF) 2018 , Dato Seri Hamzah Zainuddin mencadangkan kepada pengurus koperasi didalam tanah rancangan supaya lebih kreatif dalam memgembangkan aktiviti yang boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap ahli koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.

“Ada 400 ribu ahli koperasi seluruh negara dan saya ingin nyatakan bahawa , kita antara penyumbang kepada kemajuan dan kestabilan ekonomi negara termasuklah koperasi yang berada didalam Tanah Rancangan FELDA”, Hamzah Zainuddin

Dalam pada itu,beliau turut berharap peneroka dapat menangkis segala serangan yang dilalukan di dalam tanah rancangan.

“Tuan puan jangan percaya berita yang tidak benar terutama yang tular dalam media sosial.

Ada yang kata Malaysia akan bankrap, tapi hari ini majoriti koperasi di negara ini mendapat pulangan hasil yang positif”, ujar beliau lagi.

Selain itu, turut disampaikan Anugerah Koperasi Terbaik FELDA 2017 yang membawa pulang cek bernilai RM10,000 dan dimenangi oleh Koperasi FELDA Sebertak Pahang Berhad.

Koperasi berkenaan menjalankan perniagaan Stesen Minyak, Kedai Runcit Mesra, Pasaraya COOP Mart dan kerja kontrak Perladangan.

Naib Johan dimenangi oleh Koperasi Peneroka FELDA Keratong Dua, Rompim Berhad yang membawa pulang cek bernilai RM7,000 manakala Koperasi Peneroka Felda Air Tawar 5 Berhad mendapat tempat ketiga dan membawa pulang cek bernilai RM5,000.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.