Keluarga Dakwa Massad Dalang Pembunuhan

BANDARAYA GAZA: Keluarga profesor Palestin yang ditembak mati di Malaysia awal hari ini menuduh jenayah itu dilakukan agensi perisikan Israel, Mossad.

Polis Malaysia berkata, Fadi Mohammad al-Batsh, 35, dibunuh oleh penyerang bermotosikal ketika berjalan kaki untuk menunaikan solat subuh di Gombak.

Dalam kenyataan dikeluarkan Hamas, keluarganya berkata: “Kami menuduh Mossad mendalangi pembunuhan ini.”

Hamas mengesahkan saintis penyelidikan yang khusus dalam isu tenaga berkenaan adalah salah seorang anggotanya.

Hamas tidak menuduh Israel membunuh beliau tetapi menyifatkan Batsh sebagai syahid.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata salah seorang suspek menunggang motosikal berkuasa tinggi ‘melepaskan 10 tembakan dan empat daripadanya terkena kepala pensyarah berkenaan di kepala dan tubuh.’

Beliau meninggal dunia di tempat kejadian. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.