Harga Harumanis Bergantung Pada Permintaan – KSU MoA

KANGAR – Harga mempelam harumanis tidak boleh ditetapkan kerana ia bergantung penawaran dan permintaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Menurutnya harga buah ikon Perlis itu bernilai tinggi kerana kualitinya dan tanaman itu memerlukan penjagaan dan pengawalan berterusan yang rapi.

“Kita (MoA) tak boleh campur tangan dalam hal ini namun kita boleh membantu dari segi menstabilkan harga supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah bagi menjaga kepentingan pengusaha,” kata Ismail kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis Bukit Bintang di Sungai Batu Pahat, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali.

Katanya mempelam harumanis yang eksklusif menjadi terkenal dan mendapat permintaan tinggi tetapi pengeluarannya tidak dapat memenuhi permintaan walaupun untuk eksport. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.