‘Dibuang’ Kafa, Apek Belum Ada Pasukan Pilihan

PETALING JAYA: Penjaga gol senior Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat belum ada pasukan pilihan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu melepaskannya kerana beberapa faktor termasuk masalah kewangan yang ditanggung persatuan itu.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan Apek memberitahu mStar Onlie,  dia hanya mengetahui mengenai pelepasan dirinya daripada skuad The Red Warriors (TRW) menerusi laman media sosial.

“Serius buat masa sekarang saya tidak tahu nak cakap apa. Malah saya tidak tahu lagi nak  bermain dengan pasukan mana.

“Saya perlu berjumpa dengan majikan terlebih dahulu.

“Mungkin selepas itu saya akan beri kenyataan yang lebih lengkap. Saya minta maaf,” ujar penjaga gol kebangsaan berusia 29 tahun itu kepada mStar Online pada Isnin.

Khairul Fahmi antara pemain senior yang paling lama menyarung jersi Kelantan dan terus setia sejak 2009 sehingga namanya tidak lagi menjadi pilihan pengendali, Fajer Ibrahim musim ini.

Selain Apek, seorang lagi pemain senior yang disahkan akan turut dilepaskan Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan ialah kapten Mohd Badhri Bin Mohd Radzi atau Piya, 36,.

Seorang lagi turut diketepikan pengendali kelahiran Syria itu adalah pemain pertahanan, Amirizdwan Taj Tajuddin. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.