Perak Sentiasa Kawal Harga Rumah, Pastikan Rumah Kos Rendah Dapat Diteruskan

KAMPAR – Kerajaan negeri sentiasa komited dalam mengawal harga rumah dan memastikan pembinaan rumah kos rendah dapat diteruskan di Perak.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini ditunjukkan dengan keprihatinan kerajaan dalam membina rumah mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki rumah.

Beliau berkata Perak merupakan negeri yang menawarkan harga rumah paling rendah serendah RM35,000 di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Kita tubuhkan lembaga perumahan supaya kita dapat jual harga rumah yang murah pada rakyat.

“Nak buat satu rumah harganya RM170,000 sebuah, tetapi dengan subsidi kerajaan terutama untuk membantu rakyat berpendapatan rendah, rumah tersebut dijual dengan harga RM35,000,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.