Rakyat Perlu Pelihara Kedaulatan Negara Daripada Gejala Negatif – Raja Perlis

ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengingatkan rakyat supaya berjuang memelihara kedaulatan negara daripada ancaman rasuah, najis dadah serta ketegangan antara kaum dan agama.

Baginda bertitah dengan memiliki nilai-nilai murni seperti kerjasama, keberanian dan sikap tolong- menolong tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa, ia dapat mengelakkan rakyat daripada terjebak dengan gejala negatif itu.

“Beta juga ingin berpesan agar semua golongan muda sentiasa merendah diri dan tidak bersifat angkuh dengan orang lain walaupun diri mempunyai kelebihan dari segi harta benda, kesihatan, pangkat, mahupun jawatan.

“Ini kerana perkara-perkara ini hanyalah bersifat sementara yang dipinjamkan oleh Tuhan dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Majlis Penutup ‘Fifth Malaysian Polytechnic RELASIS Annual Camp 2018’ di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dekat sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.