‘Simpanlah Kalau Nak, Tapi Foto Tu Tak Senonoh’

KUALA LUMPUR: Aktor sasa, Zul Ariffin tidak kisah peminat terutama wanita mahu berfantasi dengan foto alat sulit yang didakwa miliknya seperti yang kecoh dalam media sosial, baru-baru ini.

Malah, bintang filem J Revolusi itu mendakwa dia tidak ada hak melarang jika peminat berhasrat menyimpan foto terbabit.

“Saya sedar foto itu sudah tular dan menjadi buah mulut ramai. Kalau mereka rasa nak simpan gambar itu, simpanlah. Tapi mereka harus sedar yang foto itu tidak senonoh.

“Tak dinafikan, selepas gambar itu tersebar luas, orang mula memberi pandangan nakal pada saya. Pergi restoran pandu lalu pun, orang senyum. Tapi saya okay saja,” katanya.

Mengenai kemungkinan kontroversi penyebaran foto ‘anu’ itu berpunca daripada perbuatan sabotaj individu yang rapat dengannya, aktor yang sering mencetuskan kontroversi itu tidak mahu menuduh sesiapa.

“Entah, saya tak mahu tuduh sesiapa tapi kebarangkaliannya ada. Apapun, saya sudah ‘move on’ (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja,” kata pelakon berusia 32 tahun ini.

Sebelum ini, nama bekas kekasih Nur Zahirah MacWilson ini menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa memuat naik foto alat sulit yang dipercayai miliknya di Insta Story. Bagaimanapun, foto itu dipadam selepas dua minit.

Sambil menafikan gambar alat sulit itu miliknya, Zul mendakwa yang kejadian memalukan itu berpunca daripada akaun Instagramnya digodam.

Malam tadi, Zul dikerumuni wakil media ketika menghadiri majlis Primavalet Fashion Hub 2018 di sebuah hotel di ibu negara, bagi bertanyakan isu kontroversi foto ‘anu’ itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.