Wartawan Ditembak Tentera Zionis Meninggal Dunia

GAZA: Seorang wartawan Palestin yang ditembak tentera Israel dua minggu lalu, ketika melakukan liputan terhadap tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Gaza-Israel, meninggal dunia akibat kecederaannya semalam, kata pegawai kesihatan Palestin.

Ketika tunjuk perasaan itu, Ahmed Abu Hussein, 24, yang bekerja untuk stesen radio Al-Shaab di Gaza memakai jaket pelindung dengan perkataan ‘MEDIA’ pada 13 April lalu, kata saksi.

Beberapa gambar yang menunjukkan Abu Hussein cedera ketika memakai jaket itu juga tular di media sosial.

Beliau adalah wartawan kedua yang dibunuh oleh tentera Zionis dalam tunjuk perasaan mingguan itu bertujuan menuntut hak pelarian Palestin dan keturunan mereka untuk pulang ke rumah asal masing-masing yang kini menjadi wilayah Israel, sejak 30 Mac lalu.

Pegawai kesihatan berkata, peluru menembusi bahagian tepi tubuh mangsa. Beliau dipindahkan dari Gaza ke sebuah hospital di Tebing Barat yang diduduki Israel dan kemudian ke sebuah hospital di Israel di mana Abu Hussein meninggal dunia.

Kematian beliau menjadikan jumlah korban keseluruhan warga Palestin dalam tunjuk perasaan berhampiran sempadan itu kepada 38 orang. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.