“Apa Benda Yang Fathia Tak Muat Naik?” – Zul Ariffin

TINDAKAN pelakon Fathia Latiff memuat naik foto Zul Ariffin bersama Elizabeth Tan di laman Instagram, baru-baru ini mengundang persoalan netizen.

Bagaimanapun, Zul berkata dia tidak terkejut dengan tindakan Fathia memandangkan dia sudah lama mengenali pelakon kontroversi itu.

“Apa benda saja yang Fathia tak muat naik, semua benda dia nak muat naik (di laman sosial).

“Saya dah kenal Fathia lama tapi tak tahu apa agenda dia muat naik foto saya dan Elizabeth Tan itu. Apa pun, saya okay sahaja,” katanya.

 

Fathia kongsi foto Zul dan Elizabeth.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berharap tidak ada pihak yang salah faham dengan perkongsian foto yang dimuat naik Fathia terutama kapsyen yang ditulis.

Foto Zul bersama Lizzy itu dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.

Fathia dipercayai membuat paparan skrin dan berkongsi foto yang sama namun memadam perkongsian itu setelah beberapa jam di muat naik.

Sebelum ini, Zul menjadi bualan peminat selepas mengumumkan putus cinta dengan pelakon, Zahirah MacWilson. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.