Payet Cetus Kemenangan Marseille

MARSEILLE, Perancis: Dimitri Payet menjadi pencetus kepada kedua-dua gol Olympique de Marseille yang merakam kemenangan 2-0 di laman sendiri ke atas Salzburg pada separuh akhir pertama Liga Europa sebentar tadi.

Florian Thauvin menanduk masuk sepakan percuma Payet selepas 15 minit permainan dan Clinton Njie menambah jaringan pada minit ke-63 untuk meletakkan Marseille di kedudukan selesa menjelang aksi timbal balik minggu depan.

Payet, yang kembali menunjukkan prestasi cemerlang bagi memburu tempat dalam skuad Piala Dunia Perancis pada saat-saat akhir, menjadi tonggak kemaraan Marseille ke kelompok empat terakhir itu dengan melakukan lima umpanan dan meledak tiga gol di peringkat kalah mati.

Pemain Salzburg Fredrik Gulbrandsen mempunyai peluang terbaik untuk mencuri gol di tempat lawan tetapi percubaannya di babak kedua terkena tiang. – REUTERS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.